Resipi yang muncul tanpa sengaja tapi boleh masuk senarai menu untuk anak-anak. Azalia mula mintak bubur nasi dan ibu dia kata google bubur daging. Dia baca menu dalam kereta bla.. bla.. bla... Sampai rumah siap menumis dia kata nasi kena bubuh dalam air nanti masukkan bahan tumis. Ala! ibu nak cepat, kita buat macam nasi goreng ok tak... orait.. rasa dia macam nasi claypot you all!! Kalau ada cendawan lagi real tau. Moh kita tengok resipi nasi daging lada hitam yang sedap ini. Resipi Nasi Daging Lada Hitam daging lembu (potong nipis) 3 biji bawang merah (hiris) 2 ulas bawang putih (hiris) 1 inci halia (hiris) Lada hitam, lada putih dan garam Kicap pekat Nasi putih Cara- cara Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Masukkan lada hitam dan goreng sebehtar. Masukkan daging, gaul rata sehingga daging benar2 masak. Letakkan lada putih dan garam sedikit. Gaul rata. Masukkan sedikit air dan biar sampai mendidih. Ak...
Resipi Ayam Kicap 3 Budak Gemuk yang sangat mudah dan rasa yang padu . Resipi untik ibu juga orang bujang harus masuk dalam senarai selain dari resipi masak telur kicap. Kalau anak aku memang bdiaorang kata ohsem sangat ibu. Aku pulak dapat makan lauk ayam kicap 3 budak gemuk ini dehgan nasi kosong panas asalah nikmat yang tidak terluah dengan kata-kata. Moh kita tengok betul atau yidak resipi ayam kicap 3 budak gemuk yang pernah viral suatu masa dahulu ini mudah sangat. Rasa dia kenalah cuba dahulu, selepas dah buat moh komen. ResipiAyam Kicap 3 Budak Gemuk Bahan- bahan 3 ulas bawang putih 1 biji bawang besar 4-5 cili padi 1 inci halia (jika suka) 1 tangkai daun kari Ayam Kunyit Garam 3 sudu sos tiram Kicap manis (agak-agak) Cara- cara penyediaan Ayam Kicap 3 budak gemuk : Ayam potong kecik-kecik. Gaulkan dengan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga masak dan sedikit garing. Tumbuk bawang besar, bawangputih, cili padi dan halia jika suka. Kalu tak nak guna sahaja blen...
Asam rebus juga antara menu yang mudah dan ringkas untuk wanita yang sibuk bekerja. Kalau suatu masa dahulu asam rebus adalah antara menu wajib ada namun kini sangat payah nak nampak terutama dikedai makan. Jadi kalau teringin kenalah masak sendiri. Moh tengok resipi masak asam rebus yang mudah tapi kalau makan dengan nasi panas memang menaikkan selera. Resipi Gulai Ikan Masak Asam Rebus Bahan-bahan 2 ekor ikan kembung 2 biji cili merah-buang biji* 3 biji cili padi * 4 biji bawang kecil* 2 biji bawang putih* sedikit kunyit hidup* sedikit belacan* 1 batang serai-titik hujung (kalau ada) air ikut keperluan air asam jawa secukupnya 5 batang bendi ( kalau ada) Cara-cara 1. Tumbuk atau kisar semua bahan bertanda *. . 2. Masukkan semua bahan yang telah lumat bersama air dan serai ke dalam periuk. 3. Hidupkan api dan biarkan merenih. 4. Masukkan ikan yang telah disiang dan dibersihkan. 5. Bila mendidih masukkan bendi 6. Masukkan garam dan asam jawa terlebih...
Comments
Post a Comment