Resipi Ayam Kicap 3 Budak Gemuk
Resipi Ayam Kicap 3 Budak Gemuk yang sangat mudah dan rasa yang padu . Resipi untik ibu juga orang bujang harus masuk dalam senarai selain dari resipi masak telur kicap. Kalau anak aku memang bdiaorang kata ohsem sangat ibu. Aku pulak dapat makan lauk ayam kicap 3 budak gemuk ini dehgan nasi kosong panas asalah nikmat yang tidak terluah dengan kata-kata.
Moh kita tengok betul atau yidak resipi ayam kicap 3 budak gemuk yang pernah viral suatu masa dahulu ini mudah sangat. Rasa dia kenalah cuba dahulu, selepas dah buat moh komen.
ResipiAyam Kicap 3 Budak Gemuk
Bahan- bahan
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- 4-5 cili padi
- 1 inci halia (jika suka)
- 1 tangkai daun kari
- Ayam
- Kunyit
- Garam
- 3 sudu sos tiram
- Kicap manis (agak-agak)
Cara- cara penyediaan Ayam Kicap 3 budak gemuk :
- Ayam potong kecik-kecik. Gaulkan dengan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga masak dan sedikit garing.
- Tumbuk bawang besar, bawangputih, cili padi dan halia jika suka. Kalu tak nak guna sahaja blender. Yang penting tumbuk atau kisar kasar sahaja.
- Gunakan minyak goreng ayam tadi. Keluarkan jika minyak terlalu banyak.
- Tumiskan bahan tumbuk tadi dan daun kari sehingga garing.
- Seterusnya masukkan sos tiram dan gaul rata. Biarkan seketika.
- Masukkan kicap manis jangan sikit sangat. Gaulkan sekata dengan bawang.
- Masukkan ayam goreng tadi. Gaul sekata. Jangan letak garam sebab sis tiram sudah masin.
- Gaul sebati sampai agak kering sedikit. Tidak perlu letak air sebab kuah ayam kicap 3 budak gemuk memang kering masakannya.
- Bila sebati, bolehlah padamkan api
Anak aku kata ini 3 budak hitam.
Resipi ini diambil dari dapur restoran 3 budak gemuk ok!!!
Dulu akupun fikir mana gemuknya?
Walaupun nampak hitam tapi rasa dia sangat sedap. Untuk makan waktu bersahur sangatlah sesuai sebab boleh menaikkan selera dengan bau daun pandan, rasa pedas dan masin yang sangat istimewa. Moh cuba kome semua.
Comments
Post a Comment