Resipi nasi daging lada hitam

Resipi yang muncul tanpa sengaja tapi boleh masuk senarai menu untuk anak-anak. Azalia mula mintak bubur nasi dan ibu dia kata google bubur daging. Dia baca menu dalam kereta  bla.. bla.. bla... Sampai rumah siap menumis dia kata nasi kena bubuh dalam air nanti masukkan bahan tumis.  Ala! ibu nak cepat, kita buat macam nasi goreng ok tak... orait.. rasa dia macam nasi claypot you all!! Kalau ada cendawan lagi real tau.

Moh kita tengok resipi nasi daging lada hitam yang sedap ini. 

Resipi Nasi Daging Lada Hitam
  • daging lembu (potong nipis) 
  • 3 biji bawang merah (hiris) 
  • 2 ulas bawang putih (hiris) 
  • 1 inci halia (hiris) 
  • Lada hitam, lada putih dan garam
  • Kicap pekat
  • Nasi putih 

Cara- cara 
  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  2. Masukkan lada hitam dan goreng sebehtar.
  3. Masukkan daging, gaul rata sehingga daging benar2 masak.
  4. Letakkan lada putih dan garam sedikit. Gaul rata.
  5. Masukkan sedikit air dan biar sampai mendidih.
  6. Akhir sekali masukkan nasi putih. Gaul rata dan terus angkat, ingat ini bukan nasi goreng. Hidangkan... tada!!

Walau rupaku buruk tapi rasa sangat menepati selera anak remaja dan kanak-kanak. Cubalah buat sekiranya ada lebihan nasi dan anak sudah jemu dengan menu nasi goreng.


Comments

Popular posts from this blog

Resipi Gulai Ikan masak Asam Rebus

Resipi Daging Masak Lada Hitam