Posts

Resipi nasi daging lada hitam

Image
Resipi yang muncul tanpa sengaja tapi boleh masuk senarai menu untuk anak-anak. Azalia mula mintak bubur nasi dan ibu dia kata google bubur daging. Dia baca menu dalam kereta  bla.. bla.. bla... Sampai rumah siap menumis dia kata nasi kena bubuh dalam air nanti masukkan bahan tumis.  Ala! ibu nak cepat, kita buat macam nasi goreng ok tak... orait.. rasa dia macam nasi claypot you all!! Kalau ada cendawan lagi real tau. Moh kita tengok resipi nasi daging lada hitam yang sedap ini.  Resipi Nasi Daging Lada Hitam daging lembu (potong nipis)  3 biji bawang merah (hiris)  2 ulas bawang putih (hiris)  1 inci halia (hiris)  Lada hitam, lada putih dan garam Kicap pekat Nasi putih  Cara- cara  Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Masukkan lada hitam dan goreng sebehtar. Masukkan daging, gaul rata sehingga daging benar2 masak. Letakkan lada putih dan garam sedikit. Gaul rata. Masukkan sedikit air dan biar sampai mendidih. Akhir sekali masukkan nasi putih. Gaul rata da

Resipi Ayam Kicap 3 Budak Gemuk

Image
Resipi Ayam Kicap 3 Budak Gemuk yang sangat mudah dan rasa yang padu . Resipi untik ibu juga orang bujang harus masuk dalam senarai selain dari resipi masak telur kicap. Kalau anak aku memang bdiaorang kata ohsem sangat ibu. Aku pulak dapat makan lauk ayam kicap 3 budak gemuk ini dehgan nasi kosong panas asalah nikmat yang tidak terluah dengan kata-kata. Moh kita tengok betul atau yidak resipi ayam kicap 3 budak gemuk yang pernah viral suatu masa dahulu ini mudah sangat. Rasa dia kenalah cuba dahulu, selepas dah buat  moh komen. ResipiAyam Kicap 3 Budak Gemuk   Bahan- bahan 3 ulas bawang putih  1 biji bawang besar 4-5 cili padi 1 inci halia (jika suka) 1 tangkai daun kari Ayam Kunyit Garam 3 sudu sos tiram Kicap manis (agak-agak) Cara- cara penyediaan Ayam Kicap 3 budak gemuk : Ayam potong kecik-kecik. Gaulkan dengan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga masak dan sedikit garing. Tumbuk bawang besar, bawangputih, cili padi dan halia jika suka. Kalu tak nak guna sahaja blender. Yang pent

Resipi Daging Masak Lada Hitam

Image
Resipi " all time favorite" kami anak beranak. Masakan paling mudah dan yang paling penting anak suka.  Moh kita tengok apa perlu ada untuk masak daging black pepper!  Resipi Daging Black Pepper daging lembu (potong nipis)  2 biji bawang merah (hiris)  1 ulas bawang putih (hiris)  1 inci halia (hiris)  1 sudu besar lada hitam ( tumbuk kasar)  2 sudu besar sos lada hitam (dah habis-kena belini)  1 sudu besar sos tiram sesikit kicap manis Garam Cara- cara  Gaulkan daging dengan sos lada hitam. Perap sekejap.  Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.  Masukkan daging hitam yang diperap. Kacau sehingga rata.  Masukkan lada hitam ditumbuk dan goreng daging sehingga garing.  Masukkan air kalau suka yang berkuah juga untuk melembutkan daging Masukkan sos tiram dan kicap manis.  Letakkan garam jika perlu.  Kacau dan tutup api. #resipidaging Rasanya seakan makan steak gitu...  Tidak salah bermimpikan.  Kata dah suka, bila beli daging nak buat masak lain tapi ja

Resipi Mi Goreng Kek Ikan

Image
Memasak bukan hobi aku,  tapi sebagai perempuan kita kena tahu memasak yang menu asas.  Misalnya seperti mi/mihun/nasi goreng,  cekodok, gulai2 ringkas dan korang fikir sendiri. Mr google kan ada, mintakjer resipi yang disukai dia akan carikan Moh "cekidut" menu mi goreng asas yang perlu diketahui. Resipi Mi Goreng Kek Ikan (fish cake)  Bahan-bahan 500g mee kuning 4 ulas bawang putih, diketuk 1 biji bawang merah (dikisar/tumbuk) 1 sudu besar cili kering kisar 1 mangkuk fish cake (potong)  sos cili sos tiram kicap manis tomato (🍅 dipotong)  sedikit air Cara-cara Tumiskan  Masukkan #masakgoreng2 Jemput makan mi togel dari Kinrara.   Kenapa togel?   Sebab ahli rumah tidak suka sayur.  Letak perhiasan cili merah potong,  daun sup dan lain-lain akan membawa pembaziran Jadi kita letak tauhu goreng, yang ini ok!  Cita-cita dimasa akan datang hendak juga dihiaskan untuk tujuan ambil gambar. Insyaallah dengan izin dariNya. 

Resipi Telur Masak Kicap

Image
Resipi MESTI tahu , telur masak kicap menu paling cepat sedap bila aku acah-acah sibuk! Yang penting selalunya  telur dan kicap adalah stok yang sentiasa ada di dapur. Tidak hairanlahkalau menu telur masak kicap sangat popular di rumah ini lagi-lagi bulan ramadhan.  Moh kita tengok resipi telur kicap yang mudah ini.  Resipi Telur Kicap 2 biji telur ayam dibasuh 1 biji bawang besar (hiris)  2 ulas bawang putih (hiris 3 biji cili padi (ketuk atau potong)  kicap manis sos cili  bubuh air sikit jika perlu Cara-cara Goreng telur satu persatu . Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.  Masukkan sedikit air dan. tuangkan sedikit sos cili dan kicap manis.   Letakkan cili padi. Curahkan atas telur mata kerbau.  Sedap dimakan bersama nasi kosong panas.  #menuringkas Telur masak kicapni untuk ibu mertuaku.  Kalau versi akak,  sebelum tutup api letak lagi bawang holland potong bulat... Selesai sudah berfikir apa nak bagi ibu mertuaku makan malam. Terima kasih Telu

Resipi Gulai Ikan masak Asam Rebus

Image
Asam rebus juga antara menu yang mudah dan ringkas untuk wanita yang sibuk bekerja. Kalau suatu masa dahulu asam rebus adalah antara menu wajib ada namun kini sangat payah nak nampak terutama dikedai makan. Jadi kalau teringin kenalah masak sendiri.  Moh tengok resipi masak asam rebus yang mudah tapi kalau makan dengan nasi panas memang menaikkan selera. Resipi Gulai Ikan Masak Asam Rebus  Bahan-bahan   2 ekor ikan kembung 2 biji cili merah-buang biji* 3 biji cili padi * 4 biji bawang kecil* 2 biji bawang putih* sedikit kunyit hidup* sedikit belacan* 1 batang serai-titik hujung (kalau ada)  air ikut keperluan air asam jawa secukupnya 5 batang bendi ( kalau ada)  Cara-cara 1. Tumbuk atau kisar semua bahan bertanda *.  . 2. Masukkan semua bahan yang telah lumat bersama air dan serai ke dalam periuk. 3. Hidupkan api dan biarkan merenih. 4. Masukkan ikan yang telah disiang dan dibersihkan. 5. Bila mendidih masukkan bendi 6. Masukkan garam dan asam jawa terlebih dahulu. Rasa dahulu barulah

RESIPI MASAK IKAN GULAI TAUCU

Image
Resipi masak ikan gulai taucu adalah untuk yang suka ada rasa masam-masam dalam masakan dan paling penting mudah ringkas. Rasanya tidak ramai yang suka masakan ini sebab itu tidak banyak kedai  makan di Lembah Klang menyediakan masak ikan gulai taucu. Ikan yang sudah ditimbuni dengan bawang,  cili dan timun.  RESIPI GULAI IKAN MASAK TAUCU Bahan-bahan   2 ekor ikan kembung (goreng terlebih dahulu) 2 biji cili hijau (belah dua) - harini guna cili capsicum 3 biji cili padi (diketuk) 4 biji bawang (belah empat) 2 biji bawang putih (hiris memanjang) sedikit halia (hiris memanjang) 3 sudu taucu Timun ( dibelah memanjang dan buang biji atau potong bulat) sedikit air asam jawa  air ikut keperluan Cara-cara 1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau dan kekuningan. 2. Masukkan taucu dan cili padi. Tujuan masukkan cili padi awal sebab nak rasa pedas. 3. Masukkan sedikit air dan air asam jawa. 4.  Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. 5. Bila mendidih masukkan timun dan